Saya begitu simpati apa yang berlaku di Jasin 2 hari lalu iaitu ribut melanda di pasar Ramadhan yang mengakibatkan 3 terbunuh dan 17 cedera parah. Rasanya agak jarang di Malaysia ni kalau ribut sampai ada yang terkorban, paling tinggi pun cedera atau rosak harta benda.
Saya tertanya - tanya di hati, apakah silapnya ? Di Port Dickson 2 minggu lepas pun berlaku ribut juga, tapi tak le sampai tercedera, walau pun mereka di tepi pantai. Tapi di jasin ni, agak begitu jauh dari laut. Adakah kita boleh kata sekadar takdir tuhan nak buat macam mana......
Kalau begitu buat apa Allah guna di penghujung ayat tentang bala bencana dengan perkataan " Apakah tidak kamu berfikir "....
Akhirnya saya terus terfikir di benak, ini mungkin ada hubung kait dengan sikap pemimpin yang rakus dan sombong, bercakap tanpa mengambil kira pandangan agama. Antaranya adalah cadangan kerajaan nak tubuhkan sekolah pelajar yang mengandung tanpa nikah di Jasin. Setakat ini tak ada ulamak pun yang bersetuju dengan idea ini..... tapi apa boleh buat kuat di tangan si durjana..... akibatnya rakyat yang menderita....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan