Sabtu 31 ogos 2010 saya dijadualkan berceramah bersama Cg. Bard dari PKR di markaz PKR Bkt. Rambai jam 9 malam. Tapi saya agak terkejut kerana kehadiran saya disambut dengan kawalan polis dan FRU sekitar tak kurang 40 orang. Saya difahamkan oleh penganjur bahawa orang ramai agak takut untuk hadir kerana seakan -akan pihak polis sedang memburu penjenayah besar.
Akhirnya saya, cg. Bard, Shamsul dan Yb Goh terpaksa berceramah didalam bangunan yang tertutup, kononnya di luar adalah kawasan awam tak dibenarkan. Pelik betul polis ni, macam ada dua undang - undang pula ? UMNO ceramah politik baru - baru ini di kg. Paya Dalam di kawasan terbuka tanpa permit tak ada pulak ditegah ! soalannya sekarang polis ni kerja untuk siapa? kata profesional ...... cekap dan mesra......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan