Pengikut

Selasa, 27 Julai 2010

NAK JUMPA KETUA POLIS TAPI..............

Minggu lepas saya telah arahkan setiausaha pemuda PAS Melaka hantar fax ke pejabat ketua polis negeri untuk adakan pertemuan muhibbah serta berbincang tentang keselamatan, khususnya dalam negeri Melaka yang agak meruncing. Tak ketinggalan isu gangguan UMNO yang diketua Ali Rustam terhadap ceramah - ceramah PAS baru - baru ini.
Setakat ini saya dimaklumkan dah tiga kali pihak pejabat polis negeri minta tangguh tarikh. Ahli - ahli PAS pula ramai tertanya - tanya bila ustaz nak jumpa? Setakat ini saya masih bersangka baik dengan KP, mungkin beliau terlalu sibuk dengan urusan lain. Tadi s/u saya maklumkan insyaAllah minggu depan mereka setuju bertemu. Okeylah.... saya tak kisah. Saya pergi pun bukan atas nama individu, tapi atas kapisiti ketua Pemuda Pas negeri Melaka, harap biarlah serius......

Tiada ulasan: