Pengikut

Sabtu, 25 September 2010

KERAJAAN MELAKA MACAM AYAM BERKOKOK...

" Berkokok berderai - derai, ekor terpalit dengan najis " Mungkin itu yang sesuai kita ungkapkan dengan tindakan Ali Rustam. Berkokok sana sini Melaka akan maju, nak order buaian roda dari China RM7 juta, terkenal dengan sektor pelancongan, pendek kata di Melaka semuanya ada dan pemimpinnya cekap serta bersih........
2 hari lepas keluar akhbar kontraktor komplin dana jayakan sukan SUKMA baru - baru ini tak dibayar lagi. Hari ini Datuk Ali bangga yayasan Melaka dapat bina bangunannya setinggi 14 tingkat, tapi selepas hampir lebih 25 tahun !!! Pusat Zakat Melaka sejak dulu macam pelarian, berpindah randah tak ada bangunannya sendiri..... duk menyewa sepanjang hayat...
Melaka negeri yang paling banyak muzium di dunia, tapi tak ada orang nak masuk ..... hingga muzium UMNO pun dibuatnya ! yang belum sempat buat ialah kubur UMNO !
Buat lapangan terbang antarabangsa ( LTAB ), kapal terbang pula tak nak turun, akhirnya anjurkan pertandingan main layang - layang peringkat antarabangsa...... apa nak jadi duit rakyat dibuang sesuka hati.... Rakyat cuma dapat tolong bayarkan hutang kerajaan Melaka....

Tiada ulasan: