Pengikut

Khamis, 30 September 2010

SELAMAT BERSEMADI GURUKU.....

Pukul 2 pagi tadi saya terima panggilan telephon daripada rakan di Perak tentang berita kematian tuan guru Hj. Latif pondok kroh. kami lebih mesra dengan panggilan Pak Teh. kalau tak silap, saya sempat berguru dengan beliau selama dua tahun ( 1990 - 1992 ) kemudian saya berangkat ke Pattani selatan Thai selama dua tahun sebelum ke Unv. Al Azhar, Mesir.
Terlalu banyak kenangan manis serta pengalaman semasa menuntut di pondok. Seingat saya, Pek Teh merupakan dikalangan tok guru yang banyak mengajar kitab - kitab besar yang jarang dilakukan oleh tok guru lain. di sana saya sempat belajar kitab Sahih bukhari, Muslim, Sunan Ibn Majah dan Sunan Abi Daud...... ketokohannya tak dapat dinafikan. pernah satu ketika semasa saya menumpang belajar dengan Almarhum Tok guru Hj. Mat Saman kati ( bekas kadi besar Perak dan ahli majlis fatwa )dalam keretanya yang saya naik bersama, beliau berkata : kalau aku mati tak ada orang nak ganti tempat aku kecuali Pak Teh kroh.....
Banyak lagi manaqib Pak Teh kalau nak dibukukan, rasanya mungkin satu hari nanti akan ada muridnya yang akan bukukan.
Setiap tahun apabila saya balik bercuti ke kroh ( kampung isteri ) biasanya saya pasti akan ziarah Pak Teh dan pondok usang yang hampir 20 tahun telah ku tinggalkan. Tapi lepas ni.......
Ucapan takziah untuk keluarga Pak teh.......... agar rohnya dilimpahi rahmat ilahi. Ada satu perkara yang boleh saya banggakan riwayat hidup Pak Teh ialah beliau konsisten dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Tiada ulasan: