Sebelum bulan puasa lalu saya dah buat pertemuan dengan ketua polis Melaka untuk bincang isu provokasi UMNO terhadap ceramah PAS di sekitar DUN Bkt. Baru yang diwakili oleh ketua menteri. Apa yang saya ingat ialah KP nak tolong selesaikan supaya perkara ini jangan berlarutan. Saya cadang adakan perbincangan meja bulat antara semua ketua - ketua parti politik di Melaka. Nampak macam dia setuju aja..... tapi sampai sekarang tak ada berita.
Akhirnya pada 29 /10/ 10 baru ni jadi lagi ceramah bersebelahan. Ketika itu saya berkuliah maghrib di Cheras, lepas solat Isyak rakan di Melaka call kata ceramah PAS oleh Us. Sidik Nor diganggu oleh ceramah UMNO di sebelah. Saya terus bertolak balik ke Melaka. tepat pukul 11.30 malam sampai dan terus saya diminta untuk selesaikan masa yang berbaki setengah jam.
Kalau setakat nak ceramah sampai pagi esok pun saya tak ada masaalah..... dah memang kerja saya, tapi masaalahnya sikap pihak keselamatan sekadar menjadi pemerhati yang baik ! Saya tak salahkan pihak UMNO kerana mereka ni memang pasif serta ortodok sikit pemikirannya walaupun kononnya Melaka dah maju...... Soalannya sampai bila pihak keselamatan nak selesaikan isu ini, adakah nak tunggu sampai pertumpahan darah ?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan