Pengikut

Sabtu, 30 Oktober 2010

KERAJAAN MELAKA NAK ROBOHKAN SURAU !

Di Melaka sekarang sedang hangat dengan isu usaha Ali Rustam dan kuncu - kuncunya nak robohkan PASTI dan Surau atas alasan nak buat jalan. sebenarnya usaha ini saja dilakukan denga niat jahat kerana masih ada tanah lain yang lebih selamat untuk dibuat jalan.
PAS dah dua kali buat demontrasi selepas solat Jumaat. Dalam akhbar pun dah beberapa kali keluar. Ali Rustam dah mula tergugat apabila kerja jahatnya diketahui umum. Petang tadi saya diberitahu 3 lori buruk majlis bandaran dan sepasukan polis dikerah untuk turunkan kain rentang yang dinaikkan oleh PAS cawangan Bkt. katil mengenai isu ini. Ceritanya pun dah macam orang gila ! nak turunkan satu kain rentang, datang sampai 30 orang. Mana ada negara buat..... orang Somalia pun ketawa dengar.... Itulah apabila dah buat silap, semua kerja buat tak kena.
Kerja jahat ni memang sinonim dengan Ali Rustam semenjak jadi Ketua Menteri Melaka. Siapa yang tak sehaluan dengan dia semua akan jadi mangsa. Orang UMNO Melaka tentu dah faham... cuma takut nak bersuara..... takut pendek umur kot!
Saya nak ingatkan dengan satu hadis Nabi SAW : Dua dosa yang akan Allah segerakan dalam dunia ini ialah dosa derhaka kepada dua ibubapa dan dosa melakukan zalim kepada manusia.... fikir - fikirkanlah.....

Tiada ulasan: