Pengikut

Selasa, 12 Oktober 2010

KEMALANGAN : BALA ATAU TAKDIR.....

Saya ucapkan takziah kepada 12 keluarga mangsa yang terbunuh serta yang cedera dalam kemalangan ngeri 2 hari lepas di tol simpang empat. Rasanya ini adalah merupakan kemalangan terburuk di lebuhraya PLUS. Masing - masing pihak sedang mencari punca nahas dan ada yang nak saman pengusaha bas.... ialah diketika ini, biasanya rasa tak puas hati mula menjelma.
Enam kenderaan yang terbabit, 12 terbunuh dan berpuluh yang cedera parah, dah macam kemalangan keretapi di India dan Bangladish. Ketua Menteri Melaka keluarkan pandangan melulunya : beliau syorkan bas ekspres dibenarkan bawa jangan lebih had laju 90 meter. Rasanya macam cerdik, tapi bila fikirkan semula... bodoh pula... siapa nak naik bas pelahan macam tu ? bila nak sampai? siapa nak bawa bas lembab macam tu? Saya syorkan KM dan ketua UMNO bahagian saja yang jadi driver bas expres macam tu.....
Nak kata driver bas lalai, khabarnya driver terbabit rekod bersih, tak pernah kena saman. Bas terbabit baru dan berjenama baik. Saya tertarik ada pandangan yang kata di situ ialah kawasan angin lintang yang kekadang susah nak kawal kenderaan. Jadi bila cerita angin, nak kata silap siapa?
Di sinilah yang perlu kita merenung secara mendalam.... ada satu punca yang manusia tak mampu kawal iaitu bala Allah apabila turun ke bumi. Saya lihat sejak kerajaan Melaka cadang nak tubuh sekolah pelajar hamil ni, banyak perkara anih berlaku kat Melaka. Pada bulan Ramdhan dulu, pekan Jasin dilanda ribut yang mengorbankan 3 orang. Jarang cerita di Malaysia ni bila ribut orang terkorban. Apabila sekolah harapan yang baru dibuka menerima kelahiran anak sulung baru ni, berlaku pula kemalangan ngeri 12 orang maut.... tak tahu apa pula lepas ni tuhan nak turunkan.... nauzubillah.
Mungkin ada yang kurang senang apa yang saya tulis ni, tapi kita orang Islam perlu kaitkan sesuatu yang berlaku itu ada kaitan dengan tuhan dan tindakan kita sendiri. Kalau kita baca kisah - kisah dalam Al Quran pun tuhan sebut macam mana kaum Bani Israel, kaum Lud, kaum 'Ad dan lainnya dibinasakan Allah adalah sebab kerosakan sebahagian yang melakukannya. Sepatutnya pemimpin kerajaan perlu bermuhasabah di atas kerja buat mereka yang berlawanan dengan perintah Allah adalah faktor mengundang bala. Rakyat pula perlu bangkit menegur atas dasar kebenaran, sebagai faktor menolak bala . Awas ! bala Allah swt apabila turun, tidak tertentu orang yang mengerjakannya sahaja....

Tiada ulasan: