Pengikut

Isnin, 4 Oktober 2010

KM MELAKA NAK DEBAT........

Akhbar Utusan hari ini melaporkan Ketua menteri Melaka bersedia berdebat dengan PAS isu penubuhan sekolah pelajar hamil di Jasin yang dikenali dengan nama Sekolah Harapan. Cabaran ini yang sesuai disambut adalah PAS negeri Melaka.
InsyaAllah keputusan ini terserah kepada mesyuarat badan perhubungan PAS negeri. PAS Melaka mempunyai ramai tokoh untuk berdebat, sebenarnya sebelum ini pun kita dah berkali - kali ajak UMNO Melaka berdebat atas beberapa isu. Andai kata PAS Melaka syorkan nama saya... demi maruah agama dan rakyat negeri Melaka, insyaAllah saya akan terima. Kerana saya yakin tindakan kerajaan negeri itu amat memalukan rakyat tidak kira apa fahaman politik sekali pun. Kalau rakyat buat reforendum, saya juga yakin majoriti kata tak setuju sekolah harapan itu ditubuhkan.
Walau bagaimana pun saya akan meletakkan beberapa syarat : 1- KM perlu hantar surat rasmi terlebih dahulu ke pejabat PAS Melaka. 2- Debat secara terbuka. 3- Moderetor terdiri daripada ahli akedemik bebas dan dipersetujui bersama. 4- Ketua Menteri sendiri sebagai ahli panel tak boleh diganti orang lain.

Tiada ulasan: