Pengikut

Ahad, 14 November 2010

PEMUDA UMNO KORUP IDEA .......

Saya terbaca akhbar Sinar harian hari ini, terkejut juga apabila ketua pemuda UMNO Jasin yang juga rakan sekolah saya satu ketika dulu mengeluarkan kenyataan pasif semasa bertemu dengan ketua Menteri Melaka. Orang kata... kalau nak ampu KM pun agak - agak le sikit......
Beliau minta dikaji semula kakitangan kerajaan negeri dikalangan penyokong pembangkang. Inilah pemikiran semangat satu malaysia dan melaka maju ! macam mana nak wujudkan semangat perpaduan kaum, tapi dengan bangsa sendiri pun berdendam dan khianat...... Kita berpolitik pun tengoklah tempat.
Beliau ni tak perasan ke.... majlis perbandaran Jasin dan lainnya serta kerajaan negeri pun apabila pungut cukai tanah, cukai pintu dll macam orang kelahap... tak kira pegampu BN ke, pembangkang ke... semuanya sapu, tapi apabila ambil kerja nak kira pula siapa penyokong dan pembangkang ! Ramai kata pemimpin UMNO Melaka ni memang tak berapa cerdik sebab itu isytihar Melaka Maju 2010 baru ni pun tak sah. John Hall beri surat ucap tahniah kalau Melaka sampai tahap maju, bukan iktiraf Melaka Maju...... kerana pertubuhannya tak autoriti....

Tiada ulasan: