Pengikut

Selasa, 9 November 2010

PENCERAMAH UMNO MACAM TIN KOSONG....

Malam semalam saya sempat mendengar gelagat penceramah UMNO yang sedang berucap beradu nasib dengan penceramah PAS di Bkt. Berung. Dengarnya beliau seorang Ustaz jelmaan hasil prodak JASA. Adalah penontonnya tak sampai 20 orang berbanding ceramah PAS di sebelah sekitar 200 orang pendengar setia.
Saya sebenarnya tak berminat nak jengok muka ke pentas ceramah UMNO, bagi saya ikutlah apa yang nak mereka kata, yang penting mesti jujur dan berfakta. Sebab penceramah PAS dah dididik berceramah begitu. Tapi saya terkejut, apabila saya dengar Ustaz jelmaan tersebut berceramah, na'uzubillah mina syaitan nirrajim..... ayat Quran yang dibaca salah dan terjemahannya pun silap. Apa sudah jadi..... UMNO pelihara ustaz akhir zaman ni. Dah tu gunakan bahasa yang yang agak kasar seperti Bahalul, bodoh, kafir..... baca sirah nabi tak betul.
Ada kebenarannya juga andaian penceramah PAS malam itu : Ustaz UMNO ni banyak belajar dari pondok talipon atau pondok durian.... saya juga sempat bersembang dengan seorang SB yang hadir ceramah tersebut. Katanya : PAS punya ceramah bagus - bagus, ramai penceramah luar dan cakap ada fakta. berbanding UMNO kekeringan penceramah dan cakap pula merapu termasuklah ketua menteri. Rasa saya semua orang setuju dengan andaian ini. Sebab itu kehadiran majlis ceramah UMNO tak dapat sambutan walaupun dihadiri oleh Ali Rustam. Kalau sebulan lagi UMNO buat ceramah macam ini, penganalisis politik dan pengkaji cuaca meramalkan ceramah UMNO hanya akan dihadiri oleh kambing dan kera atau pelajar - pelajar daripada Sekolah Harapan....... jadi le.

Tiada ulasan: