Pengikut

Ahad, 19 Disember 2010

NEGARA ISLAM PERLU BANTU ACHEH...

Dalam lawatan saya ke Acheh, ada antara pandangan pemimpin Acheh mengharapkan pelabur - pelabur daripada negara umat Islam perlu datang bertandang untuk membangunkan ekonomi Acheh, lebih - lebih lagi rakyatnya 99% adalah muslim. Rasanya kalau difahami erti " sesungguhnya orang beriman itu bersaudara " mungkin sudah cukup untuk bergerak ke arah itu, tetapi apakan daya pemimpin umat Islam masih berkiblatkan negara barat......
Saya termenung jauh...... merasa malu sebagai rakyat Malaysia yang berjiran dengan Acheh, pemimpin kita orang melayu, perjuangannya pun melayu, hidup dan matinya pun kalau boleh dalam keadaan melayu.... tetapi tak berminat membantu saudara melayunya di Acheh. Akhirnya baru saya perasan mungkin faktor tarikan sampingannya tiada di Acheh. Di sana tak ada kelab malam untuk berhibur, arak dan judi diharamkan. Tidak seperti negeriku melaka maju... semuanya ada di sini ! kalau di Bandung, Bali dll mungkin bisa dibantu......
Saya difahamkan sebelum ini ada wakil kerajaan Kelantan datang ke Acheh untuk tujuan hubungan ekonomi........ syabas ..... Melaka katanya perkenalkan Dunia Melayu Dunia Islam ke seberang, tak tahu projek jenis apa? Ali Rustam biasanya begitu le, berkokok riuh sekampung, tapi bertelur sebiji ! Macam lapangan terbang antarabangsa Batu Berendam, dulu sebut dalam peper macam - macam kapal terbang nak turun mendarat.... tapi bila dah siap.. buat main layang - layang...... satu malaysia ditipu hidup - hidup.

Tiada ulasan: