Pengikut

Khamis, 6 Januari 2011

ADAKAH MELAYU BERTUHANKAN RAJA ?

Akhir - akhir ini timbul NGO - NGO pemuja institusi beraja di Malaysia. Derhaka kepada titah raja bererti hilang kelayakan mendiami bumi Malaysia. Ada yang cadangkan dihukum gantung sampai mati ! na'uzubillah.... tak tahu saya macam mana orang melayu dah begitu sesat lagi menyesatkan. Apakah mereka ini anggap raja melayu itu tuhan yang mencipta ? kenapa idea - idea gila ini terpancul daripada pejuang bangsa melayu ? dan daripada mana mereka berguru?
Apakah raja - raja maksum tidak melakukan kesilapan? Kalau inilah fahaman NGO melayu, bermakna raja - raja melayu lebih mulia daripada para rasul. Kalau nak ampu raja pun, agak - agaklah sikit .......
Memang benar kenyataan bekas mufti Perlis, bahawa Rasulullah pun pernah ditegur dalam beberapa peristiwa seperti dalam kes sahabat mengkritik isi kandungan perjanjian Hudaibiyah, tak ada pula mereka digelar penderhaka. Saya setuju pandangan beliau agar individu terbabit itu perlu bertaubat kerana ia boleh merosakan aqidah.

Tiada ulasan: