Pengikut

Rabu, 19 Januari 2011

ALUMNI AZHAR PERLU DITUBUHKAN

Rintitan daripada isu pelajar - pelajar Melaka di Mesir yang diganggu gugat oleh pihak UMNO dan kerajaan Melaka baru - baru ini, saya terdetik untuk menyedarkan rakan - rakan lama lepasan Unv. Al Azhar tak kira generasi keberapa agar bangkit tubuhkan Alumni Al Azhar negeri Melaka. Selain dapat berhubung semula dan eratkan silatur rahim, perlu juga menjadi pemangkin kepada persatuan anak negeri BKKIMM yang bernaung di bawah badan induk PMRAM dan pernah sama - sama berjasa serta pernah kita naungi bersama satu ketika dahulu.

Apa jasa dan peranan BKKIMM hanya kita saja dapat rasakan. Ali Rustam dan pegawai atau bawwab wisma Melaka di Mesir tak pernah bernaung di bawah BKKIMM, apa tah lagi nak kenang jasa persatuan tersebut.Minggu lepas saya ditemuramah oleh wartawan Sinar harian dan Harakah tentang pencerobohan pihak tertentu terhadap BKKIMM dengan mengantikan persatuan baru bernama IMAM ( tapi makmumnya tiada ), saya nyatakan konspirasi ini meletakan anak - anak Melaka di Mesir terdedah kepada bahaya dari sudut keselamatan. Kerana mana - mana persatuan yang tidak bernaung dibawah badan induk PMRAM adalah tidak diiktiraf oleh kerajaan Mesir. Justeru, sekiranya berlaku apa - apa kes keselamatan agak sukar diberi pembelaan.

Saya agak risau dengan rakan - rakan lama takut hanyut dengan dunia pekerjaan masing - masing tanpa ada respon terhadap generasi yang ditinggalkan. Dulu kita bermati - matian pertahankan BKKIMM, tapi sekarang ana ana.... anta anta..... mafish khabar mafish salam..... ana masyghul jiddan jiddan bil amal wa zaujah...... al muhim fulush alasyan isytari sayyarah kabirah wal bait kabirah wa zaujah jamilah..... keeda wa keeda.......
Dulu kita sering berdiskusi buku - buku ilmiah, tafaqquh fiddin, daurah dll, semuanya untuk bentuk fikrah untuk jadi qiyadatul ummah. Tapi sekarang semuanya itu sudah hilang dari kamus kehidupan seharian....... Justeru, mari kita kembalikan nostalgia lampau yang berharga itu untuk sama -sama kita bina generasi yang ada....

Tiada ulasan: