Pengikut

Isnin, 31 Januari 2011

TAHNIAH CIKGU MALA !

Saya ucap tahniah dan syabas kepada calon PAS Dun Tenang, walaupun tewas tapi bagi saya beliau seorang perempuan yang berhati waja. Sekurang - kurangnya beliau telah berani menggalas amanah perjuangan PAS yang mewakili ahli PAS keseluruhannya. Kalah menang resam perlawanan, tetapi kalah dalam keadaan bermaruah lebih baik daripada menang mengadaikan maruah !
Saya pernah bertanding sebanyak 2 kali dalam PRU umum, dapat saya rasakan bebanan yang dipikul serta manisnya.... tapi untuk PRK amat berisiko tinggi. Tenaga, harta dan masa jadi pertaruhan....... akan tetapi itulah erti harga sebuah perjuangan. Kaum Adam pun agak sukar menghadapinya, inikan pula kaum hawa ! mungkin diketika ini mulanya giliran terbit wanita perkasa! fenomena sebegini seakan menemplak wanita UMNO yang dulu cuba nak provok trend PAS.
Kemenangan UMNO yang diwakili oleh pemuda perkasa hampir lemas dengan ketokohan Cikgu Mala disamping terdedah keaiban diri sendiri yang dicipta. Kemenangannya pun dianggap bukan sebagai anak jantan........ maklumlah lawan orang perempuan..... juga dalam padang yang tak sama rata. Kalau ikut pesanan Hang Tuah : orang macam ini bukan pahlawan terbilang dan tak layak pertahankan tanah air sendiri. Biasalah BN hidup berpura, mati berpuaka.....
Walau bagaimana pun saya rasa orang PAS Tenang akan rasa tenang dengan tidur lena lepas ini termasuk Cikgu mala kerana dah tunaikan amanah perjuangan dan tidak menipu semasa berkempen. Esok lusa boleh sembelih lembu buat kenduri kesyukuran..... seperti biasa trend orang PAS. Tapi bagi YB baru tak boleh tidur sebulan kerana tuntutan janji semasa kempen akan ditagih sampai dapat. Semua menteri kabinet dah balik ke Kuala Lumpur. Tenang, YB Azhar hadapilah sendiri. Saya takut Azhar pula cabut lari.... banjir di Tenang siapa nak selesaikan? tak kan le Cikgu Mala ?

Tiada ulasan: