Pengikut

Ahad, 13 Mac 2011

MELAKA ABAIKAN PELAJAR AL AZHAR!

Ketika mana negeri - negeri di bawah pemerintahan pakatan rakyat dengan penuh bertanggung jawab membiayai penuh tiket penerbangan pulang ke Mesir serta duit saku RM500, lain pula riaksi kerajaan Melaka Maju yang tak mampu melakukan sedemikian kepada anak negerinya sendiri yang jauh lebih sedikit kalau nak bandingkan bilangan pelajar dari negeri lain.
Khabarnya harga tiket RM2180, tetapi kerajaan hanya mampu beri RM2000 sahaja. Duit poket cari sendiri..... Kalau tanya orang Umno, mereka akan kata : kita kena bersyukur !
Pemberian itu pun rasanya setelah kerajaan negeri tertekan dengan kempen PRK Merlimau, di mana pembangkang jadikan isu sikap ambil tak endah oleh kerajaan melaka terhadap sektor agama. Tetapi kalau kita bandingkan dengan taburan projek segera dan janjian syurga dalam PRK Merlimau, rasanya menelan jutaan ringgit bahkan terdapat pembaziran melampau semata - mata untuk memenangkan calon BN. Betullah apa yang dikatakan oleh peribahasa Melayu " Menang sorak kampung tergadai ".

Tiada ulasan: