Pengikut

Ahad, 27 Mac 2011

RAHIM GALI KUBUR SENDIRI !

Apabila tersiarnya cerita video seks yang juga konspirasi 3 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya rasa saham Umno jatuh merudum ke paras beku. Ini adalah kerana di awal babak ceritanya dah mengelirukan, ditambah pula perawinya yang terpalit kisah silamnya yang durjana. Dulu tuduh DSA seronok kat lelaki, sekarang minat kat wanita pula dan mungkin esok dituduh syok kat haiwan pula ?.


Ahli Umno dah mula buka mata, nampaknya ini semua perancangan gila wal bahalul oleh tiga budak hitam mabuk.... Kes DSA dengan Saipul pun tak habis lagi.. Saya rasa yang beriman dengan fitnah ini adalah Ali Rustam, Rais Yatim dan kera - kera yang sewaktu dengannya.


Bila wartawan Sinar Harian tanya apa komen saya tentang isu ' video seks ' itu, dengan pantas saya jawab : orang yang ada akal tak percaya, yang hilang akal aja beriman. Juga saya kata ada tiga pembesar Melaka yang memalukan rakyat ( orang cina kata suwey ) 1) Rahim Tamby Cik yang terpalit dengan kes rogol gadis melayu semasa jadi ketua menteri Melaka. 2) Rahim Noor bekas ketua polis negara dalam isu tumbuk DSA dalam penjara. 3) Ali Rustam yang terpalit kes rasuah politik. Saya rasa kalau tiga ekor ni tak ada atas bumi ... aman rakyat.

Tiada ulasan: