Pengikut

Sabtu, 2 April 2011

UMNO MELAKA TAK BOLEH TIDUR !

Saya baru balik daripada majlis ceramah PAS di markaz Bkt. katil. Biasa le PAS dah merancang awal serta buat di premis sendiri, jadi haram pihak polis nak ganggu. Tapi Umno ni sibuk petang tadi baru nak pasang khemah sebelah markaz PAS untuk lawan ceramah PAS.


Biasalah Umno Melaka ni tak ada penceramah yang berkualiti, duk punggut tepi jalan beri mentedaghah sikit boleh cakap 10 minit... Tajuk ceramah Umno malam ni yang saya dengar ialah kelebihan janda dan ibu tunggal di negeri Melaka. Lepas ni mungkin tajuk kelebihan jadi bapak tunggal pula !! kalau nak ceramah tajuk apa pun pergi le tempat lain.... kalau salah cakap pun tak le malu... contoh ceramah kat pelajar sekolah Harapan tentang kelebihan melahirkan anak semasa alam remaja..


kita pun hairan, BN ni perlu ke nak buat ceramah macam PAS hingga larut malam? TV 1, TV 3, Berita Hairan, Utusan Malaysia tiap - tiap hari, siang malam tolong kempen untuk BN. Nak apa lagi? ?? Ini menunjukan pemimpin BN takut dengan pendedahan maklumat tepat yang pembangkang sampaikan. Sebab tu Umno walaupun dah menang, duit banyak tapi tak boleh tidur. jadi kalau mati mengejut pun ada potensi....

Tiada ulasan: