Pengikut

Selasa, 19 April 2011

KERA: ANGKARA ALI RUSTAM !

Lebih kurang 4 hari lepas, akhbar Sinar Harian paparkan kisah seekor kera menyerang seorang kanak - kanak Siti Hajar Abd. Razak yang sedang tidur. Kisah ini berlaku di Merlimau, Melaka. Saya doakan agar beliau cepat sembuh.

Sebenarnya saya teringat semasa pilihanraya kecil DUN Merlimau dulu apabila Ali rustam datang menjengok muka di muara pengkalan samak, Merlimau bawa janji santa carlos bahawa kerajaan berjanji akan bina jeti tercanggih di situ, lebih kurang bernilai RM5 juta. Kemudian beliau lihat di muara itu terdapat hutan rimba serta banyak monyet dan kera, maka hatinya tertarik dengan monyet tersebut lantas menjanjikan kerajaan akan buat taman monyet di situ untuk tarik pelancong.

Pada pandangan Ali Rustam, monyet cuma terdapat di Melaka sahaja, tiada di negeri lain.... jadi monyet - monyet tersebut menunggu janji pilihanraya itu hari demi hari.... tapi sampai sekarang tak wujud. jeti tercanggih pun tak nampak bayang. Maka monyet tersebut terpaksa meninggalkan hutan nak cari Ali Rustam. Lalu diterkamnya kanak - kanak tersebut yang disangkakan ketua menteri melaka...... rupa - rupanya salah orang... Kesimpulannya : sikap penipu KM yang jadi mangsanya ialah rakyat DUN Merlimau.

Tiada ulasan: