Pengikut

Ahad, 24 April 2011

KERAJAAN MELAKA BURUK SIKU !

PRK Merlimau dilayan seperti ahli syurga... ditabur rezeki macam tabur duit ke tanah. Benda yang tak patut pun dapat juga. Ali Rustam sampai berjanji pada monyet nak buka taman khas untuk monyet..... wifi percuma seluruh merlimau dan kawasan2 yang sewaktu dengannya. Tapi lepas pilihanraya semua wifi tu dah tak berpungsi..... ini cara lanun kepala hitam memerintah...


Baru - baru ni kerajaan Melaka naikkan tarif air seluruh negeri. Ini adalah usaha sulit UMNO nak punggut semula apa yang dah ditaburkan di Merlimau baru2 ni. Begitu juga saya diberitahu oleh anak2 Melaka di Mesir bahawa sewa rumah negeri Melaka di Mesir dinaikkan sekembali mereka melanjutkan pelajaran baru2 ni. Sebenarnya, ini adalah usaha Kerajaan Melaka nak cover balik wang tiket free yang diberikan baru2 ni. Dah le harga tiket yg dikeluarkan tak ikut harga pasaran ( RM2180 pergi aja ), mana ada negeri lain beli tiket harga macam itu? Apa yang saya dengar sekitar harga RM1400. Mungkin Ali Rustam sewa kapal angkasa kot..... Sebab itu pelajar Al Azhar yang sokong UMNO tu kena cerdik sikit politik kotor ni.


Saya semenjak duk kat Mesir lagi dah lawan Umno ni, sebab dah tahu pekong Umno, kalau tak menipu, bukan Umno namanya. Contoh: mana ada hukum wang zakat tukar nama pinjaman? Nak dapat zakat mesti ambil pinjaman sekali? Inilah mazhab Umno gila! sebab itu satu sen pun saya tak gunakan duit kerajaan negeri semasa belajar di Mesir dulu. Jadi adik - adik yang cuba nak sokong Umno tu kena belajar - belajar le menipu, nanti balik Melaka cepat dapat kerja. Orang belajar agama nak tinggikan izzah, tapi kita belajar nak jatuhkan maruah. Justeru, saya berpesan anak Melaka yang dianak tirikan oleh kera - kera sumbang Umno ni, bersabarlah sedikit masa lagi. banyakkan bermunajat.... kita ada Allah, mereka cuma da duit aja ...... Apa yang mereka buat khianat terhadap pelajar agama... tunggu masa balasan Allah swt. Tuhan kita tak tidur..... macam Ali Rustam membuta...

Tiada ulasan: