Pengikut

Khamis, 7 April 2011

MALAYSIA DIHINA KERANA PEMIMPIN YANG HINA.

Mutakhir ini negara kita terpalit dengan pelbagai isu hina dan mengaibkan. Boleh dikatakan isunya bertaraf antarabangsa seperti kes pembunuhan kejam Altantuya, kematian ngeri Sosilawati, kes lewat DSA, tajaan khas video seks, kematian Teo Beng Hock dan terbaru kematian Sharbani penolong pegawai kastam di bangunan SPRM. Kes sebesar ini semuanya masih tak selesai dan tak tahu bila kesudahannya.


Apa muslihat pihak tertentu ? mungkin dibiarkan cerita ini berlegar di dada akhbar dan TV berbulan - bulan atau bertahun - tahun supaya masyarakat buat andaian serta percaya apa yang disiarkan. Maka baru puas hati pihak tertentu kerana perancangannya berjaya. Begitulah hinanya sistem negara kita disebabkan pemimpinnya bersikap hina. Saya ramalkan dalam sebulan dua lagi, kes terbaru pula akan timbul...... jadi sempurnalah masaalah kerana semuanya disatukan dalam slogan Satu Malaysia.

Tiada ulasan: