Pengikut

Ahad, 15 Mei 2011

RAKYAT DITIPU DENGAN ISTILAH !

Kenaikan harga gula, petrol serta penghapusan subsidi tidak menjadi topek utama bagi rakyat Malaysia. Apa yang perlu rakyat hayati adalah video seks, kes liwat II dan isu kristian mengancam perlembagaan. Dalam dunia politik isu boleh ditaja untuk bentuk sikap rakyat. Macam nasib artis, paper yang naik dan turunkan mereka. Dulu Mawi diangkat ke langit tujuh, sekarang ditanam dalam bumi lapisan bawah.


Sedangkan kenaikan harga barang adalah nadi rakyat untuk terus hidup, tapi ??? pemimpin Umno cukup licik dalam berpolitik. Sebab tu pelbagai slogan penipu disensasikan. Tradisi Membela Rakyat, Islam hadhari, Satu M'sia Rakyat didahulukan.....


Kenaikkan harga barang digantikan dengan Penyelarasan Harga. Penghapusan Subsidi untuk rakyat ditukar dengan istilah Rasionalisasi Subsidi. Akhirnya rakyat tertipu khususnya saluran satu. Apa yang penting bagi mereka ialah asalkan barang ada.

Tiada ulasan: