Pengikut

Jumaat, 6 Mei 2011

UMNO SEMAKIN MENGECIL !

Umno dilihat pada hari ini semakin mengecil saiznya. Bukan sekadar fizikalnya, bahkan pengaruh dan intelektualnya sekali merudum. Budaya Umno bukan saja membunuh kerektor politik dalaman, bahkan menjalar keluar. Orang bukan melayu sudah bertempiaran lari daripada Umno, cuma yang berbaki diharapkan hanya kekuatan bangsa melayu.


Pelawaan Umno kepada PAS macam - macam boleh ditafsirkan. Ada beranggapan gila talak, miang keladi, ajak - ajak ayam, lepas geram, mimpi siang hari dan macam 2............... apa yang pastinya ialah harga PAS sekarang ini terlalu bernilai. Sejarah Umno minat kat PAS ni boleh dikatakan berulang saban tahun hinggakan terpaksa guna kuasa mufti berfatwa beri sokongan....

Saya rasa secara rambangnya kalau nak tahu pengaruh Umno ni, kita tengok nilai jualan akhbar Utusan Malaysia.


Nampaknya teori Tun Mahadhir yang dijadikan silibus dalam Umno dah tak releven termasuk Tun sendiri... kalau umno masih guna barang dikitar semula, maka Umno akan senasib dengan barang yang dikitar..... Justeru, jalan terbaik adalah bubarkan saja Umno dan sertai PAS.

Tiada ulasan: