Pengikut

Ahad, 17 Julai 2011

BERSIH YANG TAK AKAN KOTOR !

Walau pun perhimpunan aman bersih dah 2 minggu berlalu tetapi bahangnya masih terasa dalam pemikiran rakyat tak kira penyokong kerajaan apa tah lagi penyokong pembangkang. Sambutan masih hangat apabila diikuti dengan ulasan penceramah pada hari - hari berikutnya.

polis pula masih melakukan tangkapan rambang terhadap pemilik pakaian kuning.... sungguh meriah.




Saya pula kebetulan akan dipanggil oleh pejabat polis daerah pada khamis ini untuk beri keterangan saksi tentang pelancaran bersih peringkat negeri Melaka awal Julai tempoh hari. Juga tidak ketinggalan rakan - rakan yang berada di seberang laut berjaya menguningkan bandar - bandar utama di negara masing - masing. Maknanya perhimpunan Bersih pada kali ini dapat menaikkan imej Malaysia di mata dunia...... jadi apa yang PM risau sangat.....

Khabarnya kedatangan PM ke UK baru - baru ini pun disambut oleh Queen Elizebeth dengan pakaian gaun berwarna kuning.... mungkin dia tahu PM suka dengan warna tersebut.!!!

Tiada ulasan: