Pengikut

Isnin, 17 Oktober 2011

PMRAM.... BKKIM..... IMAMMMMM !!!!!

Rasa dah begitu lama saya tak menulis, mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerja parti dan sekolah yang sedang diuruskan. kalau nak ulas... macam2 isu ada dalam perut ni... maklumlah Malaysia ni kaya dengan isu... lebih2 lagi negeriku Melaka.


Sekarang ni isu budget belanjawan 2012...... hai macam2 ulasan... yang menggampu.... boleh tahan juga, walau pun tak tahu langsung tentang ekonomi !!! kalau dah umno tegar tu..... almaklumlah....


Saya cuma nak sentuh isu pelajar2 melaka kat Mesir aja..... dengar cerita amat kecoh ! ye la.... pegawai2 yang dihantar ke sana pun memang jenis niat suka buat kecoh..... makan gaji free ... tak padan dengan kerja. Zaman saya duk Mesir dulu, kerajaan Melaka tak ada pun hantar pegawai rumah negeri..... kami semua aman berpersatuan. sekarang ni dengar cerita 2 orang pegawai tetap dan seorang lagi datang berkala. Rasanya..... mereka silap... pegawai yang dihantar tak berapa cerdik tetapi nak kawal mahasiswa yang cerdik pandai.... macam monyet nak arah tuan !!!!


Buat komen tak tengok kiri kanan.... adat resam kabilah mana yang diamalkan ? orang Melaka tak begitu lazimnya. Nak kondem PMRAM persatuan berjasa kepada mahasiswa sejak 60 tahun yang lampau.... bukan mudah bagi orang yang baru nak kenal musim sejuk di Mesir !!! IMAM namanya indah tapi sayang ... tak ada makmum yang nak sembahyang di belakangnya kerana bacaannya terlalu pincang !!! itulah akibatnya apabila makmum lebih bijak dari IMAM. Dalam hukum fiqah pun kita wajib mufaraqah solat.


Jadi saya nasihatkan kalian semua agar duduk bertafakkur memikirkan kesilapan ....jangan takabbur dek kerana untuk sesuap rezeki. Kalau rasa duduk di Mesir kerjanya hina.... baik pulang ke desa.... jual goreng pisang lagi mulia. Rezeki tuhan ada di mana2. Bagi rakan2 ahli BKKIM kalian perlu bersabar teruskan perjuangan, halangan ini adalah untuk mengkayakan pengalaman. Kalian menderita buat seketika tetapi gembira buat selamanya.


Rasanya itu saja dulu sebagai peringatan awal untuk yang bernyawa.........

Tiada ulasan: