Pengikut

Rabu, 28 April 2010

Melaka Bakal Ketandusan Huffaz Al Quran

Saya difahamkan oleh rakan - rakan yang rapat dengan Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka ( KTIAM ), bahawa tahun ini tidak akan ada pengambilan pelajar baru untuk pengajian diploma tahfiz Al quran. Ini bermakna kolej yang kendalikan oleh kerajaan negeri Melaka itu akan menamatkan pembiayaan untuk melahirkan para hafiz. Kalau benar perkara ini berlaku, sah bahawa Datuk Seri Ali Rustam telah melakukan satu penghinaan kepada agama dan umat Islam khususnya di Melaka.

Saya sudah lama ramalkan bahawa stuasi ini akan berlaku, apabila kerajaan negeri beria - ia perkenalkan sektor pelancongan sebagai keutamaan kerajaan Melaka. Sebelum ini kesemua sekolah agama Jabatan Agama Islam Melaka ( JAIM ) telah diserahkan begitu mudah kepada pentadbiran kerajaan pusat, dengan alasan kerajaan negeri tidak mampu dari sudut kewangan. Kesannya peperiksaan - peperiksaan yang beroreintasikan agama dan bahasa arab telah berkurangan dan ke arah penghapusan. tetapi dalam masa yang sama Ali Rustam dengan bangganya sanggup membiayai sektor pelancongan berjuta - juta ringgit walaupun terpaksa berhutang...... Inikah caranya UMNO membela agama dan bangsa.

Tiada ulasan: