Pengikut

Ahad, 2 Mei 2010

Satu Malaysia, Slogan Kosong.....

Dua hari lepas, sekali lagi saya dan Yb. Cho ( Adun Air keroh ) membuat lawatan mengejut ke kg. Bkt. beruang bersama beberapa wartawan, untuk meninjau aduan masyarakat setempat terhadap berlakunya penyelewengan dalam memberi bantuan prasarana. saya dapati kesemua lorong kecil hingga ke pintu rumah penduduk diturap dengan jalan tar kecuali beberapa rumah yang disyaki penyokong pembangkang. kebetulan rumah yang saya ziarahi itu bersebelahan dengan rumah bekas seorang pemimpin wanita Umno melaka yang pernah dilantik senator kerana gagal tak dapat bertanding parlimen Batu Berendam dulu.
Apabila wartawan minta saya komen, saya kata inilah sebenarnya konsep Satu Malaysia.... ahli Umno didahulukan, rakyat disingkirkan. sebenarnya tradisi pembangunan pilih bulu ni dah jadi darah daging pemimpin Umno setempat, agar mustahil nak dikikis walau pun beribu slogan diperkenalkan. Macam kes rasuah juga, dah begitu sinonom dengan Umno....... Kerajaan nak buat pembangunan pun kita tahu dari hasil cukai rakyat, tak kira apa parti pun, semua sapu... Tapi nak bantu rakyat, khas untuk penyokong BN aja. Kita semua tahu, nak harap duit Umno... mana ada harta, bilik gerakan Umno pun masih banyak tumpang balai raya..... kalau boleh tanah perkuburan pun mereka nak guna.

Tiada ulasan: