Terkejut rakyat melaka apbila diberitakan ketua Menterinya mencadangkan agar ditubuhkan sekolah untuk perempuan yang mengandung secara haram. 2 hari lepas dikritik hebat oleh Dr. Fuad Zarkashi tim. menteri pelajaran kata cadangan KM melaka sebagai pelik dan tak rasional langsung. Itu bukan pendekatan yang positif bagi seorang pemimpin Melayu Islam.
Saya dah kata dulu, KM Melaka ni memang banyak idea pelik dan merapu. Kekadang orang UMNO pun malu ..... Dulu beliau pernah mencadangkan agar ditubuhkan sekolah beruk untuk jadikan distinasi pelancongan. Saya pun tak tahu beruk mana yang berkenan kat beliau...... khabarnya beruk yang ada pun nak lari. Lepas tu nak buat stadio perfileman bollywood, sampai sanggup anugerah Shah Rukh Khan ' Datuk '. Tapi sampai sekarang satu pelakon India pun tak nak datang.... saya cadang amik Samy Velu dan pemimpin MIC aja belakon... sama juga ! Dulu ada juga cadang nak buat replika Kaabah dekat masjid negeri, tapi dapat bantahan daripada Arab Saudi. saya tak tahu lepas ni apa pula idea gila lagi yang timbul....... kita tunggu dan lihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan