Pengikut

Ahad, 15 Ogos 2010

EZAM SEMAKIN TIDAK RELEVEN....

Agak pelik tindak tanduk Senator Ezam Md. Nor semenjak terjebak dengan perangkap UMNO. Ucapannya semakin kebudak - budakan seperti tak sudah - sudah hentam peribadi Anwar Ibrahim dan keluarga. Kalau isi kandungan ceramah beliau sebegini rupa, saya rasa dah setaraf dengan JKKK UMNO dikampung. Tidak seperti semasa bersama PKR dahulu, ucapannya agak bernas dan bertenaga untuk membangunkan negara.
Itulah yang dikatakan sebelum ini, orang bijak pandai kalau masuk UMNO, maka jadi cetek akalnya..... Ketika Anwar diserang oleh Ezam bertubi - tubi, masa itulah Anwar memperlihatkan ketokohannya seorang politikus yang hebat. Beliau tidak langsung bersikap memberi respon terhadap Ezam, bahkan dianggapnya seperti salakan anjing liar di tepi jalan..... Akhirnya Ezam akan dilihat akan semakin tidak releven dengan zaman.

Tiada ulasan: