Pengikut

Isnin, 16 Ogos 2010

ISU P.PINANG TAK SEBERAPA.......

Isu kononnya kerajaan P. Pinang begitu rakus terhadap nasib peniaga melayu dimainkan dalam media songsang. Seolah - olah memang dirancang oleh UMNO. Buktinya media langsung tidak beri peluang agar pihak kerajaan P. Pinang membuat penjelasan.
Sebenarnya adakah anda tahu di negeri melaka sudah lama laksanakan polisi menindas bangsa melayu cuma media tak berani siarkan. Contohnya lebih kurang 4 tahun yang lalu, bagaimana kerajaan negeri di bawah Ali Rustam dengan begitu ragusnya mengarahkan agar bangunan MARA di tengah bandar Melaka dirobohkan atas hujah kononnya tempat itu bakal dijadikan tempat laluan mendarat raja - raja melayu yang akan bertandang ke Melaka. Sedangkan di bangunan MARA itulah tempat yang orang melayu boleh tumpang berniaga dibandar besar.
Tapi apa sudah jadi.... sebenarnya tempat itu akhirnya dijadikan kawasan parkir kereta bagi penganut - penganut kristian yang bertandang ke gereja yang berdekatan. Itulah nasib peniaga melayu di negeri Hang Tuah... ditipu dan dihalau....... sepatutnya kes macam ini Ibrahim Ali PERKASA perlu melenting.... bukan tengok negeri PR saja.

Tiada ulasan: