Pengikut

Selasa, 24 Ogos 2010

SELAMAT BERJUANG MURIDKU......

Pagi tadi saya kesempatan ke KLIA menghantar dan melihat buat kali terakhir 11 pelajar Maahad Ar rahmah yang akan berangkat ke Mesir pukul 10 pagi. Empat hari lepas, 4 orang dah berangkat lebih awal. Alhamdulillah semuanya dah selesai kecuali seorang terpaksa tangguhkan penerbangan pada 27 Ogos kerana masalah teknikal.
Saya lihat mereka kesemuanya berjiwa kental walaupun dalam kepiluan kerana meninggalkan keluarga tersayang, lebih - lebih lagi aidilfitri semakin menjelma. Sebelum pergi masing - masing bertemu saya, hanya kata - kata semangat yang mampu saya berikan.
Saya agak kecewa apabila difahamkan pada majlis taklimat terakhir oleh pihak Tabung Amanah pendidikan Melaka ( TAPEM ) pada hari Ahad lepas, pelajar saya ditoca lagi. Khabarnya nama saya pun dijadikan bahan cemuhan. Untuk diri saya tak ada hal kerana saya orang politik dah lali dengan cercaan musuh. tapi adakah rasional pelajar yang nak melanjutkan pelajaran dalam bidang agama diremehkan ? kata nak tengok bangsa melayu berjaya dan maju...... Melaka pun dah nak diisytiharkan maju, tapi pemikiran kita macam mana......
Saya bukan nak berperang dibulan ramadhan ini, cuma nak ajak sama - sama berfikir untuk kebaikan bersama. Esok jangan dikatakan hanya ibadat saja bertambah, tapi akhlak dan sikap tak berubah.

Tiada ulasan: