Pengikut

Sabtu, 28 Ogos 2010

LEPAS KHUTBAH, TAZKIRAH PULA......

Isu doa kepada KM P. Pinang dalam khutbah dah hampir nak senyap. Timbul pula di Selangor isu wakil rakyat DAP beri ' Tazkirah ' dalam surau. Saya tak tahu malam lailatul qadar nanti apa pula isu baru UMNO nak nak jaja. betul juga kata Hj. mat Sabu: UMNO ni ibarat macam seekor lembu dah nak mampus, kita tak boleh dekat, dia tak kira siapa saja duk dekat semua disepaknya. Orang dengar khutbah nak ambil pengajaran, dia dengar doa aja. Orang wartakan sumbangan Yb DAP kepada orang Islam, dia cerita Yb DAP cemarkan surau.
Kalau diperhalusi dalam dua isu ini, kita akan dapati UMNO cuma berminat untuk bertindak secara keuntungan politik perkauman semata - mata. Sepatutnya dalam dunia politik yang matang, pemimpin UMNO perlu bercakap secara akedemik dan ilmiah sekali gus dapat mendidik rakyat berfikir tidak mengikut emosional. Bukan mendesak pihak itu dan ini mengambil tindakan. Saya tak pasti mungkin mereka tak cukup kepakaran dalam bidang ini.....

Tiada ulasan: