Pengikut

Ahad, 29 Ogos 2010

SEKOLAH HAMIL MULA PENDAFTARAN..........

Hari ini KM Melaka Bersejarah memaklumkan dengan bangganya kepada media bahawa sudah tiga orang menawarkan diri daftar masuk ke sekolah hamil yang diilhamkan. sekolah tersebut bakal dipanggil dengan nama melayunya Sekolah Harapan. Bakal beroperasi pada 1 September 2010. Saya pun tak tahu siapa yang bakal merasmikan dalam acara gilang gemilang itu nanti... Apa yang menariknya lagi ialah pengetua sekolah tersebut dimaklumkan ialah seorang perempuan yang sedang mengandung...... lucu betul KM Umno ni.... mana nak cari tu? rasanya puteri Umno Jasin boleh tolong carikan kot.....
Tenaga pengajarnya pula dimaklumkan oleh sang KM tu adalah dari guru - guru JAIM termasuk yang dah pencen pun dipelawa. Satu lagi kerja guru JAIM nampaknya. Elaun dah le tak seberapa. Dengar cerita kawan - kawan, sekarang ni pihak JAIM sesuka hati aja arah guru sertai apa - apa majlis yang dikehendaki walaupun tak ada kena mengena dengan profesion perguruan macam baru - baru ni wajib hadir ke perasmian SUKMA. Dah tu elaun perjalanan elek... Dapat gaji bulanan pun tak ke mana... Dah tu diikat dengan kontrak tahunan pula, kalau lawan pendek umur....
Susah kalau jadi pengarah pendidikan tak faham kerja secara Islamik. Fikir le.. guru - guru ni ada suami isteri dan anak, berilah masa pada mereka..... Tapi nak buat macam mana, kalau menteliti standart ketua Umno cawangan. Sebab tu guru - guru kena ubah kerajaan pada PRU ke 13 akan datang. Kerajaan Pakatan rakyat akan hapuskan biro kerasi dalam dunia pendidikan dan perguruan. Guru agama di Selangor dan P. Pinang semua macam - macam dapat. Di Melaka apa dapat... tambah kerja lagi ada.
Saya cadangkan guru sekolah hamil tu, ambil saja penceramah daripada JASA. Daripada duk merapu aja kat pentas ceramah, nak buat apa simpan...... nak kata pandai ceramah pun, sumbang bunyinya. Baik pegi kursus belajar cara macam mana nak ajar budak hamil luar nikah......... ada le juga jasa hidup dalam dunia ni sebelum mati dalam pejabat.....

Tiada ulasan: