Pengikut

Isnin, 30 Ogos 2010

MERDEKA TAPI TAK PATRIOTIK...............

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53 bagi semua rakyat Malaysia. Moga kemerdekaan berterusan terpelihara. Cuma yang tak sedap apabila sambutan kemerdekaan syaratnya mesti kibar bendera, kalau tidak, maka seorang itu dianggap tidak petrotik. macam - macam tafsiran tentang merdeka ni.....

Ikutlah apa pun tafsiran, sama ada datangnya dari seorang menteri ke..... atau pakar bahasa ke..... atau yang buta huruf.... Cuma saya cukup setuju dengan pendapat ulamak tentang merdeka iaitu kita merdekakan diri daripada perhambakan diri kepada manusia kepada tunduk dan perhambakan diri kepada Allah swt. Maksudnya, apa erti merdeka tapi kita masih takut dan tunduk kepada manusia, lebih - lebih lagi kepada manusia yang ingkar kepada Allah swt.

Justeru, saya menyeru semua rakyat Malaysia agar memahami erti sebenarnya Kemerdekaan yang saya sebut tadi. Kita harus berani buat perubahan ke arah kebaikan tanpa tunduk dan gentar terhadap tekanan dan kecaman manusia lain.

Tiada ulasan: