Pengikut

Khamis, 2 September 2010

P.PINANG MENDAHULUI MELAKA.

Kerajaan P.Pinang lebih peka daripada kerajaan Melaka dalam soal agama Islam. Mungkin itu yang boleh saya ungkapkan. Baru - baru ini selepas Kerajaan P. Pinang isytiharkan bonus raya kepada kakitangan kerajaan negeri sebanyak RM5oo, kemudian YAB Lim Guan Eng mengumumkan pula bonus untuk guru - guru KAFA negeri sebanyak RM250 yang membabitkan seramai 1,396 orang dengan kos sebanyak RM349,000. Tapi malangnya berita baik macam ini tak masuk dalam paper utama dan TV, yang masuk berita hari - hari wakil rakyat dan menteri Umno kacau dan agih bubur lambok. Saya rasa media di Malaysia ni standart macam bubur lambuk aja. Bagus le tu...... patut BN nak tergolek PRU akan datang.
Umno Melaka duk sibuk cerita ketuanan melayu melayu........ hentam kerajaan PR, tapi apa pun tak buat untuk bangsa dan agama. Duk bagi bubur lambuk aja, boleh hidup ke? Jadi saya syor sepatutnya kerajaan Melaka mesti mendahului kerajaan P.Pinang dalam soal bela agama Islam. kalau tak malu...... ketua menteri cina proaktif, kita pula jadi prompak......
Sebenarnya saya banyak terima runggutan guru - guru agama di Melaka ni, khususnya layanan dan kebajikan yang mereka terima amat menyedihkan. Nak buat macam mana.... saya dah cakap dulu, Melaka ni negeri pelancongan, maknanya yang dapat pembelaan dan nikmat yang sempurna adalah pelancong. Orang agama, bagi dia ada ke tak de, sama aja.....

Tiada ulasan: