Sebelum ni ketua menteri Melaka beria - ia nak buat sekolah hamil yang pertama di Malaysia ( mungkin yang pertama dalam dunia semenjak tuhan cipta ..). Dengarnya semua sektor temuduga kerja dan sebagainya ditanya tentang hasrat Ali Rustam tu..... kemudian jaja sana sini Melaka mampu dan dah bersedia.
Tiba - tiba tarikh keramat yang dicadangkan 1 September 2010 untuk mula operasi, tak nampak bayang - bayang.... maka sang menteri tu pun terpaksa umumkan dengan dukacitanya, tarikh pembukaan sekolah tersebut terpaksa ditangguhkan pada tarikh keramat baru iaitu pada 16 September 2010..... sebab diberikan ialah pendaftaran setakat ini baru 3 orang, kedua tak ada guru lagi termasuk pengetuanya, ketiga logostik belum lengkap. Kalau saya jadi KM, letak jawatan serta merta. Di situ rakyat tengok KM tak cerdik mentadbir, orang sebagai ketua kerajaan sepatutnya sebelum maklum kepada media, lihat dulu kemampuan kita dari sudut prasarananya. Ini kita isytihar buka kedai, tapi barang tak ada..... Kalau di negara barat, menteri macam ni dah lama dibuang ke laut, termasuk yang mengampu tak tentu pasal... buat malu rakyat Melaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan