Pengikut

Rabu, 8 September 2010

MAIDEN PERLU DISIASAT.....

Petang tadi kira - kira pukul 3.30 ptg saya ditemani 3 orang exco DPPNM telah membuat laporan polis terhadap bekas menteri pelancongan yang tak laku Tan Sri Zainudin Maiden di balai polis Melaka tengah. Saya difahamkan rakan - rakan pemuda PAS di Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor dan Perak telah membuat tindakan yang sama.
Ini adalah hasil fitnah jahat yang telah dilemparkan dalam bulan Ramadhan oleh seorang bekas menteri UMNO yang telah ditolak oleh rakyat iaitu beliau mendakwa pimpinan Pas pernah mencadangkan kepada Tengku Abd. Rahman agar merampas harta orang cina ketika peristiwa 13 Mei 1969. keduanya, dakwaan bahawa PAS telah memberi sokongan kepada Indonesia ketika konfrantasi Malaysia - Indonesia satu masa dulu.
PAS telah menafikan sekeras - kerasnya atas tuduhan itu dan meminta agar beliau jelaskan siapakah pimpinan PAS terbabit? Maiden tak jawap lagi...... penjelasannya berpusing - pusing macam puting beliung..... Soalannya kenapa beliau sebut isu itu sekarang? Dalam buku sejarah tak ada sebut pun, kalau itu suatu fakta. Apa yang jelas, kita lihat memang beliau berniat jahat, nak cari populariti setelah setelah keriar politiknya dak berkubur sebelum beliau dikuburkan. Kebetulan diketika ini sokongan orang cina dah tak berpihak kepada BN dan hubungan Malaysia - Indonesia agak panas sikit, maka pada masa inilah bagi beliau waktu paling sesuai untuk bunuh politik PAS dalam lanskap politik negara.
Oleh kerana tuduhan ini agak berat dan boleh mengancam keselamatn negara, maka saya mengharapkan sangat agar ketua Polis Negara yang baru ini dapat mengarahkan stafnya mejalankan siasatan terperinci terhadap Tan Sri Zainudin.

Tiada ulasan: