Pengikut

Jumaat, 5 November 2010

SIDANG DUN MELAKA MAJU!

Hari Rabu lepas saya berkesempatan hadir sebagai pemerhati sidang dewan undangan negeri Melaka buat hari ketiga. Sekali pandang macam sembang kedai kopi aja .... Hari itu kebetulan nak bincang enakmen perbekalan belanjaan.
ADUN DAP saya perhatikan okey dan ada study sebelum berbahas, tapi ADUN UMNO hanya datang sekadar minta projek kawasan masing - masing dan bersorak mengganggu ucapan wakil DAP. Kebetulan speaker dewan pula macam patung tak kawal keadaan sehingga ada wakil UMNO angkat penumbuk pun tak ditegur. Mereka langsung tak rasa malu kepada pegawai - pegawai kerajaan yang hadir. Jadi banyak masaalah rakyat tak dapat dibincang secara serius. Tak silap kalau dikatakan Negeri maju tapi wakil rakyatnya ......
Semasa dewan berhenti rehat pukul 11.30 pagi, saya sempat bertemu ketua menteri low class untuk serahkan memo bantahan pengambilan tanah surau dan PASTI di bkt. katil. Kemudian saya buat sidang media hasil pertemuan tersebut.

Tiada ulasan: