Hari ini saya terbabit dalam demonterasi kali ketiga atas isu pengambilan tanah surau dan PASTI secara zalim. Saya dah agak kali ini mungkin akan terjadi sesuatu...... Seperti biasa ahli - ahli PAS harapkan saya perlu hadir dan memberi ucapan panas. ...
lepas solat jumaat, saya pun keluar dari masjid. Demo dah bermula dan saya terus diberi pembesar suara... apa lagi ... sapu aja le. kali ini polis datang agak lain sedikit kerana bersama sekumpulan kepala merah FRU. Ala orang PAS kalau setakat nampak FRU tu lagi le semangat kerana beri gambaran bahawa demo kita berjaya tarik perhatian dan menakutkan KM.
Bila saya habis berucap disambung timbalan saya Us. Musa. Tiba - tiba seorang pegawai SB ( rasanya orang baru bertugas di Melaka ) terus nak tangkap saya, tetapi dihalang oleh rakan - rakan yang membuat benting yang kukuh hingga menyukarkan polis tembusi..... hebat....
Dan saya terus dilarikan rakan kedalam premis kedai berhampiran. Sekali lagi polis cuba menarik tangan saya tetapi ditolak oleh perisai rakan - rakan..... dan pihak polis diberi amaran agar jangan mencerobohi premis tersebut.... nasib baik dia tahu undang - undang...
Saya duduk dalam kedai makan cendol, polis diluar menunggu saya keluar..... tapi berapa lama nak tunggu dah.... kemudian saya didatangi pihak media ( Sinar dan Astro prima ) untuk buat liputan dan kenyataan akhbar. Sebenarnya saya dah lali dengan karenah polis ni..... kalau ditangkap tak mestinya bersalah. Kekadang pihak polis yang tersalah tangkap.... syabas kepada rakan - rakan dah ada semangat berani berdepan dengan stuasi getir..... itulah manisnya berjuang yang kita tak dapat kalau sekadar duduk atas tikar sembahyang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan