Pada hari ini Dewan pemuda PAS Melaka bermuktamar kali ke 36. bermakna aku mula melangkah meninggalkan Dewan Pemuda PAS Melaka buat selamanya. Tempoh bersara wajib telah tiba setelah 3 penggal menerajui DPPNM. Alhamdulillah, aku tinggalkan DPPNM dalam keadaan aman dan baton kepimpinan baru berpindah dalam suasana harmonis. Aku yakin kepimpinan sesi baru akan memacu lebih jauh serta berwibawa dalam mengharungi lanskap politik massa. Ini membuktikan bahawa pemuda PAS tidak ketandusan pemimpin.
6 tahun memimpin pemuda PAS amat bermakna dalam erti perjuangan...... kenangan pahit manis mewarnai pengalaman. Dalam pemuda PAS aku belajar erti keberanian, kesabaran, keikhlasan serta kemahiran bertindak. kenangan berharga yang aku rasa adalah semasa menganjurkan demontrasi besar rakyat Melaka menuntut Ali Rustam meletak jawatan sebagai Ketua menteri kerana terpalit dengan politik wang 2 tahun lalu. Seluruh kawasan Air Keroh ditutup oleh polis. Aku diberi amaran oleh polis supaya membatalkan..... tetapi demi maruah aku tetap meneruskan. Walaupun disekat hebat oleh polis, akhirnya aku dibenarkan menghantar memo ke pejabat KM. Setelah selesai, dengan kawalan ketat aku diiringi oleh polis dibawa keluar dari Seri negeri, tetapi disekat oleh hampir 50 orang tentera upahan KM dan kereta aku dipukul hingga kemek di sebelah belakang. isu ini mendapat liputan seluruh negara......
Aku rasa itu baru sedikit UMNO dah kelam kabut. InsyAllah kepimpinan baru akan lebih bertenaga untuk mengerakkan gelombang rakyat........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan